PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

(DEVELOPMENT OF THE AL-AZHAR MOSQUE MOBILE APPLICATION (APPSMAA) OF SELANGOR ISLAMIC UNIVERSITY (UIS))

Authors

  • Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Siti Azrehan Aziz Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Muhammad Aqil Barqi Adenan Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Syarul Azman Shaharuddin Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Md Rozalafri Johori Universiti Islam Selangor (UIS)

Keywords:

aplikasi digital masjid, pengurusan komuniti Islam, sistem waktu solat, sumbangan dan tabung masjid, pendekatan ADDIE

Abstract

Aplikasi Masjid Al-Azhar UIS (APPSMAA) dibangunkan sebagai satu platform digital untuk memudahkan komuniti Universiti Islam Selangor (UIS) dalam mengakses maklumat dan perkhidmatan masjid. Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi utama seperti waktu solat yang tepat, sistem sumbangan dalam talian, tasbih digital untuk amalan zikir, jadual kuliah masjid serta menu Gerai ALAM (Al-Azhar Members) yang menyediakan maklumat berkaitan makanan dan minuman yang ditawarkan di kawasan masjid. Selain itu, aplikasi ini turut mengandungi bahagian Klinik Darussyifa' UIS yang merangkumi maklumat tentang pengasas, sejarah penubuhan, ayat-ayat ruqyah, proses ruqyah, serta senarai petugas yang bertugas. Bahagian ini memberi maklumat berkaitan dan kemudahan rawatan ruqyah yang berlandaskan syariah kepada komuniti. Pembangunan aplikasi ini menggunakan pendekatan ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) untuk memastikan keberkesanan dan kesesuaiannya. Kajian dan tinjauan keperluan dilakukan dalam Fasa Analisis untuk mengenalpasti keperluan pengguna serta ciri aplikasi yang relevan. Fasa Rekabentuk (Design) memberi tumpuan kepada reka bentuk antaramuka yang mesra pengguna dengan penggunaan tema warna oren sebagai elemen utama, melambangkan semangat dan kebersamaan. Untuk bahagian Darussyifa', tema warna hijau digunakansebagai simbol ketenangan dan kesucian, selaras dengan tujuan rawatan Islam yang ditawarkan. Susun atur direka dengan pendekatan minimalis untuk memudahkan navigasi dan akses kepada setiap modul. Proses pengkodan dilaksanakan untuk mengintegrasikan fungsi utama dalam Fasa Pembangunan (Development) seperti waktu solat, jadual kuliah dan bahagian Darussyifa'. Pada Fasa Implimentasi, aplikasi diuji kepada kumpulan pengguna sasaran di UIS untuk mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang diperlukan. Akhirnya, Fasa Penilaian (Evaluation) melibatkan penilaian berkala terhadap aplikasi untuk memperbaiki fungsi dan memperkenalkan ciri baharu berdasarkan maklum balas pengguna. Dengan pendekatan yang sistematik serta reka bentuk yang menarik dan berfungsi, APPSMAA diharapkan dapat memenuhi keperluan komuniti UIS, sekaligus menjadi contoh inovasi digital bagi institusi masjid di era teknologi moden.

References

Ahmad, C. W. S. B. C., Rahman, K. A., Samsudin, S., Danuri, M. S. N. M., & Salleh, N. M. M. (2020). Sistem Pengurusan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS): Modul Hebahan Aktiviti. 6th International Conference on Information Technology & Society (ICITS 2020), 1–8.

Ahmad, C. W. S. B. C., Rahman, K. A., Samsudin, S., Unus, M. N. H. M., Nasrun, A., & Salleh, N. M. M. (2021). Transformasi Digital Dalam Aktiviti Pengimarahan Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Al-Mimbar: International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management, 1(2), 7–26. http://almimbar.kuis.edu.my/index.php/almimbar/article/view/22

Alvi, & Nakibul, M. (2019). Internet of Things Based Smart Prayer Time Management System. 8th International Conference on Advances in Computing, Electronics and Communication - ACEC. https://doi.org/10.15224/978-1-63248-165-8-08

Anafi, K., Wiryokusumo, I., & Leksono, I. P. (2021). Pengembangan media pembelajaran model ADDIE menggunakan software Unity 3D. Jurnal Education and Development, 9(4), 433–438.

Hamas, N. F. (2024). WhatsApp Bot Based Prayer Time Schedule Information System. AL - AFAQ?: Jurnal Ilmu Falak Dan Astronomi. https://doi.org/10.20414/afaq.v6i1.9996

Hamid, S. A., Rahman, M. N. A., Ismail, S., & Ishak, M. S. (2019). Transformasi Pengurusan Pembangunan Masjid Sebagai Institusi Islam: Pengalaman Masjid-Masjid Terbaik. 6th International Conference on Mosque, Zakat and Waqf Management, 183–196.

Ismail, S., & Ahmad, S. (2014). Peranan Masjid al-Azhar KUIS dalam dakwah.

Jusoh, M. S. M., Samah, M. N., Jamaludin, A. K., & Ayub, M. N. (2023). Sistem Pengurusan Digital Program ‘Imarah Masjid: Kajian Analisis Keperluan Dan Pembangunan:Digital Management System of the ’Imarah Masjid Program: An Analysis of Needs and Development Study. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 73–79.

Masjid Al-Azhar UIS. (2025). Dasar Masjid Al-Azhar UIS. Masjid Al-Azhar UIS. https://masjid.uis.edu.my/profil/dasar-masjid-al-azhar-uis

Model, A. (2019). ADDIE model. Diperoleh Pada, 9.

Nor, F. M., Idris, J., Atan, N. S., & Azman, A. S. (2023). Potensi e-Pembayaran Sebagai Medium Kutipan Sumbangan: Satu Tinjauan Di Masjid Luar Bandar:(E-Payments As A Potential Fund-Raising Medium: A Survey In Rural Mosque). International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), 159–171.

Raihana Abd Wahab. (2022). Kepentingan Semak-Silang Aplikasi Takwim Waktu Solat bagi Memastikan Ibadah dilaksanakan Pada Waktu Yang Tepat. Persatuan Jurufalak SyariePersatuan Jurufalak Syarie. https://jurufalak.com/kepentingan-semak-silang-aplikasi-takwim-waktu-solat-bagi-memastikan-ibadah-dilaksanakan-pada-waktu-yang-tepat/

Downloads

Published

2026-01-09

How to Cite

Che Wan Ahmad, C. W. S. B., Aziz, S. A. ., Adenan, M. A. B., Shaharuddin, S. A., & Johori, M. R. (2026). PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS): (DEVELOPMENT OF THE AL-AZHAR MOSQUE MOBILE APPLICATION (APPSMAA) OF SELANGOR ISLAMIC UNIVERSITY (UIS)). International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), 5(2), 77–92. Retrieved from https://www.almimbar.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/almimbar/article/view/144